Wednesday, 19 June 2013

15 PINTU SYAITAN DLM DIRI KITA..JOM TGK!!!

Orite hari ni fnz nk share skit mengenai pntu syaitan yg ada dlm diri kita. Zmn skrng ni normal la kn mcm2 perasaan ada dlm dri kita pdhal kta xprnah pun trdetik nk jdi manusia yg pndendam..mrah.. Biasa la kn mna ada manusia yg smpurna..finaz pn sma xsmpurna syukur dgn apa yg ada...
Kdg2 kita sbgai hamba Allah yg kerdil..xsedaq pun ciri2 ni ada pda kita kan...msh ada msa utk kita berubah kearah kebaikan. Finaz pn sntiasa brharap finaz mampu berubh kearah yg lebih baik menjadi seorg isteri yg baik utk cinta hati..betul x..kalo xda cinta hati xpa..mak ayh pun cnta hati kta jgk kan....psni boleh la tgk2 kot2 la ada xciri2 ni kt kita..usah tgk pd org lain..tgk pd diri sndri..betul x??? syg uolls.
15 PINTU SYAITAN YANG ADA DALAM DIRI KITA

①. Pintu marah.
②. Cinta dunia.
③. Enggan menghadiri majlis ilmu.
④. Panjang angan-angan
⑤. Rakus.
⑥. Bakhil.
⑦. Suka pujian.
⑧. Riak.
⑨. Ujub (mengagumi diri sendiri).
⑩. Takut dan gelisah.
⑪. Buruk sangka.
⑫. Memandang rendah orang lain.
⑬. Suka pada dosa.
⑭. Merasa aman dari pembalasan Allah SWT.
⑮. Putus asa dari rahmat Allah SWT.

JOM HARI2 PELUK CINTA HATI KITA ;)

Khasiat Memeluk Isteri 
 Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim