Thursday 30 May 2013

Hantaran by Miszfinazrul & Nur fzs (http://nur-budakkampung.blogspot.com)

BOLEH LA USHA2 DEAR- 
ni ada a few hntaran my wedding aritu..12.12.2012
 deco bnga2 tu fnaz yg bt..bt yg letk2 hntran tu akak la nya idea...
jom usha2 dear..
bunga ni finaz bli kt tjg malim..n ada gak kt romantika shop kt giant shah alm..
fnz suka pink+pple so tht's why la mjlis fnz guna tema tu ja..hehe2... 

sireh junjung by Nur fsz
jam & set wallet/belt
kain pelikat & set pjgaan kulit

Permata Hati Pergi Dulu...........

finaz sntiasa set mind..mak ayh akn sntiasa kt sisi fnz..
bgun pgi ja nmpk muka mak ayh..
evn finaz msh stdy kt uitm..fnz blik jga 2 mggu skli la cz 
rndu mak ayh kan..
hehe2...spa xrndu kn2.....betul x..tmbh2 lgi kalo ank bngsu cm finaz ni.
fnz xpnh pk one dy finaz akn hlg mak ayh dlm sklip mta...but..
pda 25.02.2010..akhrnya mak prgi mnyahut seruan ilahi..redha..sedih..kesal...putus asa..suma ada la time tu...lbh kurng b4 stdy week la..time tu fnz msh lgi dgree...
ya Allah hnya Dia yg mngerti wktu tu bila doc ckp mak kena knser paru2...cm xlogik dek akal..fnz cuba tolk tkdir..tpi fnz xmau jdi mnusia d bnci Allah..finaz redha suma tu..bkn mudh nk hdup tnpa mak kan..tmbh2 plk fnz ni jnis tido bwh ketiak mak...
hlg akal jgk fnz time tu..trkejt pun ada..fnz smpn hrpn agr mak smbuh evn dlm mimpi pun dh tnjuk..yg mak akn prgi jgak...kta xblh nk tolk tkdir kn...
akak fnz dtg amik kt uitm..ckp jom blik kg..pdhl wktu tu mak dh nazak...suma org diam bila finaz tnya npa plu bwk bju krung..tme tu cm org bodoh r....
akak ckp bwk ja la..suma org pelik..abg ipar lgi la..dok jauh2..tkot fnz tnya mcm2..suma org tau finaz sgt mnja..xblh hdup tnpa mak ayh...pda 25.02.2010 kul 11.25 cmtu la otw blik kedah...time tu abg singgh jp kt ptronas..dpt call dri fmly sna..ckp mak dh xda...ya Allah..abg ipr leh msuk keta diam ja..pastu tnjuk msg kt akak..ckp mak dh xda...
akak jgn ckp la mmg terisak2 time..dia try slow tlk ngn fnz...
cmni dia ckp..."adik..kalo kak e ckp ni jgn trkejut ya..nk adik teng n rdha...
mak dh xda....trkejt..last2 dua2 meraung..akak fnz sorng lgi tdo mmg xsdq dri la kan...nangis spnjng jln...smpai puas..alhmdulillah..dpt cium mak tnpa mngalir air mata..
ayh plk...tnglkn kmi wktu 17.3.2012..time tu..2 bln aftr fnz brtunang...so sad..fnz rapat ngn ayh..ank kesygn dia...ayh smpt tgk fnz bertunang..ayh skt sbb rndukan mak...kehilngan dua2 bt finaz jdi sasau...alhmdulillah..time tu fmly n my hubby ada kt sisi bg smgt..but smpai skunk fnz stll rndukan dpa..kdg2 rsa cm mak ayh ada kt sisi..rndu gurau snda..rndu nk cium buli mak ayh..hehe2...fnz nyesl sgt..sbb dlu2 fnz mmg sgt degil..bnth ckp mak ayh... hrap Allah, mak ayh ampunkn dosa adik ya...syg mak ayh..fnz stop sini la ya..air mta ni xmau brhnti plk..hehe2..
 

http://daisypath.com/


DOA IBU UTK ANK DLM KNDUNGAN- JUZ AMLKN DEAR..


♥ Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ♥



-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Dipersilakan SHARE ♥

Tips makan masam untuk ibu hamil ;)


  • Ramai dikalangan ibu hamil akan berasa mual pada awal kehamilan yang menyebabkan mereka suka mengambil makanan masam untuk mengurangkan rasa loya tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadikan makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya. Tidak salah untuk menikmati makanan masam, tetapi pastikan tidak dimakan ketika perut kosong dan  dalam kuantiti sederhana.
  • Makanan masam atau jeruk bersifat menghakis yang berisiko melukai perut sekiranya dimakan ketika perut kosong. Pastikan makan makanan berat terlebih dahulu seperti nasi, roti, mee atau kuih-muih sebelum mengambil makanan masam. Seeloknya elakkan dari mengambil jeruk buatan yang diperam kerana ia mengandungi banyak kandungan kalori, cuka, bahan pengawet dan bahan kimia yang mudah menghakis perut.
  • Makanan masam tidak bermakna jeruk, terdapat pelbagai jenis makanan masam lain yang boleh mengurangkan rasa mual dan loya tetapi tidak memudaratkan. Untuk elakkan rasa loya, disarankan mengambil makanan masam yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi seperti asam jawa, limau nipis, lemon atau air halia hangat.
  • Yogurt salah satu makanan ringan yang ideal diambil oleh ibu hamil kerana mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak yang baik. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang sering dialami ketika hamil. Seeloknya tambahkan potongan buah segar atau buah beri  supaya lebih lazat dan berkhasiat.
  • Selain itu, ibu hamil juga boleh mengambil acar buah yang mengandungi kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Namun pemprosesan acar buah ini membuatkan sebahagian daripada zat di dalamnya berkurangan. Justeru pengambilannya perlu hadkan.
  • Walaupun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu sekiranya diambil secara berlebihan. Makan makanan masam sekadar yang diperlukan sahaja dan bukan bertujuan untuk makan sehingga kenyang.
  • Ibu hamil juga boleh mengambil rojak buah yang mengandungi kandungan vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah-buahan. Untuk mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak. Sesekali gantikan mangga muda atau kedondong dengan buah strawberi atau kiwi, tetapi pastikan tidak ada campuran nenas.

Buah penawar 15 pnyakit.. ;)


Suka makan buah-buahan? Di sebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. ;)
1. Nenas penawar penyakit batu karang
  • Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.Cuba ini: Jus tembikai nenas
2. Delima hilangkan masalah cacing
  • Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C yang berkesan meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.
3. Pisang merawat kudis dan luka
  • Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
4. Mangga penawar penyakit hernia
  • Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.
5. Belimbing merawat kencing manis
  •  Belimbing dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pengidap kencing manis dan sesuai dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.
6. Lemon berkesan merawat tonsilitis
  • Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus.
7. Pala melegakan kembung perut
  • Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.
8. Pinang dengan pelbagai khasiat
  • Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.
9. Pisang kaki turunkan tekanan darah tinggi
  • Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin yang bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.
10. Sengkuang cina penawar bronkitis
  • Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk.
11. Ciku penawar buang air berdarah
  • Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
12. Pelbagai khasiat tembikai
  • Tembikai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai pula memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
  • Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
 13.Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung
  • Avokado amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
14. Betik elak sembelit
  •  Betik berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
15. Kurma hindari batuk
  • Jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Hidup Perlu Ceria Sllu ;)

Alhamdulillah..syukur pda Allah kerna beri kekuatan bt finaz utk teruskn hdup.
Hdup tnpa insan trsyg kdg2 bt kta jdi mnusia yg suka brptus asa...so dear
hargai wktu yg kta ada bersama org2 yg tersyg ya...