Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Sedutan Maut dgn Shisha

Orait hari ini finaz nk share skit ngn uolls berkaitan dgn shisha.

Sekrg ni kebnykan perokok bertukar kpd shisha ..betul x?? Pdhal shisha jgk lbh berbahaya dri rokok biasa tu..... dh jdi trend kan bnda ni semua...bkn sja d klgn lelaki but wanita jgk.... nk ckp culture shock..nti org mrh finaz plk kan..but kta sbgai mnusia blh pk apa yg baik dan bruk tuk kesihatan bersma.....ce pk ya.. ;)
Shisha lbh dikenali dgn nma hookah, huqqa, hubble, bubble, goza dan boori bermula 300 thn dhlu. Ada pndpt myatakan ia berasal dri Turki dan ada yg ckp dri Mesir, Syria atau India & kni smkin popular kt Msia sjk 10 thn lalu mpunyai plbagai perasa serta baunya juga dikatakan lbh harum berbnding asap rokok...(nth betul ka x fnz pun xsure la ya..hehe)
Melaka dan Perlis telah mgharamkan shisha!!! mmg bgus pun cmtu...
Ok now...fnz nk share skit info ttg keburukan shisha....juz tuk kta bersama so if fnz trslh info hrap di maafkn ya.... sharing is caring..luv u all dear ;)

Keburukan Shisha

1) Ketagihan
:-Nikotin smpai ke otak dlm msa 10 saat slps setiap sedutan
:-menyebabkan ketagihan kpd shisha

2)Keracunan karbon monoksida
:-Membakar arang utk menghidupkan shisha dan menghasilkan karobon tersebut shngga memberi kesan carcinogen

3)Mereka yg berkongsi paip shisha
:-Terdedah kpd penyakit bawaan org lain krna ia boleh dipindahkan melalui paip berkenaan

4)Sama seperti rokok, asap shisha
:-Boleh menjejaskan kesihatan org sekeliling

5)Kanser paru-paru dan mulut
:-Batuk teruk akibat menghisap shisha mengakibatkan kerosakan pd mulut, paru-paru dan jantung sehingga membawa kpd penyakit kronik sprti kanser paru-paru atau kerosakan koronari jantung

6)Kajian di Pakistan
:-Wanita yg menghisap shisha sehari sekali berisiko melahirkan bayi kurang berat badan

7)Penyakit Tuberkulosis, hepatitis, herpes, aspergillosis dan helicobacter
:-Perkongsian menghisap shisha mempunyai risiko utk merebaknya pnyakit ini.
:-Aspergillus menyebabkan jangkitan pd paru2
:-Helicobacter punca kanser perut

Sumber: INFO GRAFIK METRO AHAD (7/07/2013)
 






Monday, 24 June 2013

BAHAYA JEREBU

Hari ini finaz nk sentuh skit soal bahaya jerebu.  Semakin hari Indeks Pencemaran Udara semakin menurun..alhamdulillah syukur kan.. 
Tanpa kita sedar..itulah ujian dr Allah buat kita... ayuh sma2 kita berubah kearah kebaikan..insyaallah.
Kat sini finaz share info ttg jerebu so uolls boleh la amik tips yg baik ya... Skrng finaz kt ipoh..jerebu kt sini pun truk jgk apatah lgi dgn pmbakaran trbuka...masing2 pntingkan diri kan....sma2 la kta amik ikhtibar...

Nilai IPU kualiti udara
0-50           BAIK
51-100        SEDERHANA
101-200      TIDAK SIHAT
201-300      SANGAT TIDAK SIHAT
301-400      BERBAHAYA
401-500     SANGAT BERBAHAYA
LEBIH 501 DARURAT

SIMPTON PD KESIHATAN MANUSIA

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama kpd:
1) Kanak-kanak
2) Orang tua
3) Perokok
4) Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain seperti :-
  • Asma
  • Bronkitis
  • Radang Paru-paru kronik
  • Penyakit jantung
  • Alahan
  • Mereka yg sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
ANTARA GEJALA AKIBAT PENDEDAHAN KPD JEREBU:-
  •   Iritasi (kegatalan) kerongkong dan batuk-batuk 
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata merah
  • Kulit terasa gatal
  • Sakit dada
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Mata terasa pedih dan berair
LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH JEREBU
  1. Peningkatan kenderaan bermotor di jalan raya.  Kenderaan perlu diselenggara dgn baik selain memilih bahan api yg rendah bahan cernanya
  2. Pembukaan tanah secara meluas bukan saja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah.  Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah
  3. Hindari membakar bahan buangan secara terbuka.  Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan aktiviti ini. 
 PANDUAN:!!!
MEREKA YG MGLAMI PNYKIT SPRTI BATUK, SLSEMA, ASMA, SKIT MATA, JNTUNG ATAU PARU2 KRONIK PRLU KE KLNIK DGN SEGEREA
  • Golongan yg berisiko tnggi hndaklah sentiasa mengambil ubat sprti dinasihatkan
  • Org ramai dinasihat tinggal di dlm bangunan atau rumah
  • Org ramai perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yg trdedah kpd jerebu dgn air bersih
  • Perokok dinashtkn spya tdk merokok apbla keaadaan udara tdk sihat (IPU mlbhi 100)
  • Penutup hidung (nasal mask) hndaklah dgunakan
  • MEREKA YG BERISIKO TINGGI DINSHTKN BERCUTI DI LUAR KWSN BERJEREBU PD THAP BERBAHAYA!!!

Friday, 21 June 2013

HENTIKAN TABIAT BURUK..BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Salam dear... finaz msh lgi belum penat utk berkongsi tips or info ngn uolls so kt sini ada sdkit info berguna utk kebaikan bersama..
Apapun finaz nk ucpkn tq so mch pda uolls yg myb dh visit blog finaz ya..kalo dh visit tu..sila la comment n drop link uolls.
 Tnpa berceloteh pnjng finaz nk share skit psl tabiat buruk kita...bnda yg kta xblh nk cntrol..of crse makanan kn..sma r cm finaz..b4 this mmg kurus kering smpai org pnggl fnz "gelaran cekeding" hehe2..ada yg ejek..kalo angin tiup msti melayang.. mcm2 lgi la..tpi finaz accpt ja cz betul sgt2 apa yg mber2 semua ckp..hehe2..nk naik bus pun..kalo time stdy msti tolak menolk kan..kikih2..lawak time tu..finaz cm biasa r mber yg tolak bgi naik ke ats..kalo x trsepit la fnz mcm sardin dlm tin..hehe2.. Ish..ke situ plk ya.. jom2 kta shre bersma..
Amalan diet seharian mgkin tidak berbaloi jika tdk peka trhadap tabiat pemakanan sihat.  Diet seimbang bkn sja mberi kejayaan trhadap usaha utk menguruskan badan ttpi berupaya mbantu mndptkan KULIT BRCAHAYA BAK MUTIARA....hehe2..

AMALAN HARIAN YG BOLEH KITA ELAKKAN..PSTI BOLEH!!!
  1. BERHENTI MEROKOK SECARA SERIUS
  • Merokok dikatakan tabiat buruk yg merosakkan tubuh termasuk kulit (Kajian oleh Ahli Dermatologi)
  • Bahan kimia dlm sebatang rokok akan merosakkan keanjalan kulit dan kolagen lalu terjadinya kedutan dan garis halus.
  • Menyekat saluran darah dan aliran oksigen seterusnya menyebabkan kulit kelihatan kusam dan pudar. 
  1. 2. HINDARI SEGELAS WAIN, GULA2 DAN KOPI
  •  Kopi membawa kpd penuaan so elak minum setiap hari
  • Elak menjamu mknan ringan krana ia merosakkan kulit, mghalang kulit drpda bernafas dan kekeringan kulit
  • Pengemar kafein perlukan lebih dari 8 gelas air sehari
  1. 3.TIDUR SECUKUPNYA
  •  Kulim wajah yg kusam dikesan melalui tabiat kurang tidur
  1. 4.BERHATI-HATI DGN JERAWAT
  • Apabila x ckup tidur ia mberi tekanan dan menyebabkan hormon kortisol menjadikan kulit anda berminyak, berjerawat, dan tidak bermaya
  • Jerawat bkn disebabkan kekotoran ttpi lbh kpd ketidakstabilan hormon
  1. 5.ANDA TIDAK MEMAKAI PELINDUNG MATAHARI YG CUKUP
  • Wlpun musim sejuk dan tgl di ngra iklim sejuk, kulit tetap perlukan pelindungan matahari
  • Pelindung matahari adalah rahsia mendapatkan kulit wajah muda

http://3.bp.blogspot.com/-ag-aXhJ3KkU/T29E8sxZVNI/AAAAAAAAUZQ/MvsvDVxJuOc/s1600/junk+food+(6).jpg

Thursday, 20 June 2013

ANCAMAN MAUT..GIGITAN AEDES

Orite uolls ..isu kali ni mengenai aedes. Jom bca ya... ;)
Pelbagai usaha dilaksanankan bagi membendung demam denggi termasuk pengenalan Sistem Pengurusan Wabak Denggi (spwd) bermula pertengahan tahun 2011.  
Operasi ini berteraskan kepada penggunaan teknologi remote sensing secara web-based, GIS dan teknologi berkaitan usaha membantu kementerian memantau dan menguruskan denggi dengan lebih berkesan secara dalam talian.
             JOM sama-sama kita mencegah sblm kita kehilangan org yg trsyg
SIMPTON DENGGI
  • Pelbagai dan berbeza mengikut individu
  • Demam, sakit kepala, ruam dan muntah
  • Lenguh badan, sakit di belakang mata, loya, kadangkala batuk
  • Virus aedes boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati dan jantung berhenti berdenyut
  • Ada pesakit meninggal dunia seawal dua atau tiga hari selepas disahkan denggi
AEDES
  • Hanya nyamuk betina menggigit manusia
  • Aktif sepnjng hari trutama wktu subuh dan senja
  • Suka membiak dlm air bersih atau jernih bertakung
  • Memerlukan sedikit air sebesar duit syiling 20 sen utk bertelur
  • Tempoh hayat sebulan dan bertelur 3 kali
  • 100 biji telur dihasilkan setiap hari
  • Warna hitam putih berbelang pd bahagian tubuh dan toraks
  • Aedes Aegyti turut membiak dlm bangunan
  • Habitat dlm bangunan memberikan hayat nyawa lebih panjang
DENGGI
  • 4 jenis virus iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4 boleh menyebabkan denggi
  • 3 jenis denggi iaitu denggi biasa, denggi klasik dan denggi berdarah
  • Penyakit urban
  • Semua golongan berisiko krna ia membiak di kwsn bersih dan moden
  • Tiada penawar dan tidak boleh berjangkit secara langsung
info by: bhnews@mediaprima.com.my (khamis 20.6.2013)
Dr Rose Nani Mudin
Ketua Sektor Penyakit Bawaaan Vektor

Wednesday, 19 June 2013

15 PINTU SYAITAN DLM DIRI KITA..JOM TGK!!!

Orite hari ni fnz nk share skit mengenai pntu syaitan yg ada dlm diri kita. Zmn skrng ni normal la kn mcm2 perasaan ada dlm dri kita pdhal kta xprnah pun trdetik nk jdi manusia yg pndendam..mrah.. Biasa la kn mna ada manusia yg smpurna..finaz pn sma xsmpurna syukur dgn apa yg ada...
Kdg2 kita sbgai hamba Allah yg kerdil..xsedaq pun ciri2 ni ada pda kita kan...msh ada msa utk kita berubah kearah kebaikan. Finaz pn sntiasa brharap finaz mampu berubh kearah yg lebih baik menjadi seorg isteri yg baik utk cinta hati..betul x..kalo xda cinta hati xpa..mak ayh pun cnta hati kta jgk kan....psni boleh la tgk2 kot2 la ada xciri2 ni kt kita..usah tgk pd org lain..tgk pd diri sndri..betul x??? syg uolls.
15 PINTU SYAITAN YANG ADA DALAM DIRI KITA

①. Pintu marah.
②. Cinta dunia.
③. Enggan menghadiri majlis ilmu.
④. Panjang angan-angan
⑤. Rakus.
⑥. Bakhil.
⑦. Suka pujian.
⑧. Riak.
⑨. Ujub (mengagumi diri sendiri).
⑩. Takut dan gelisah.
⑪. Buruk sangka.
⑫. Memandang rendah orang lain.
⑬. Suka pada dosa.
⑭. Merasa aman dari pembalasan Allah SWT.
⑮. Putus asa dari rahmat Allah SWT.

Thursday, 30 May 2013

Buah penawar 15 pnyakit.. ;)


Suka makan buah-buahan? Di sebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. ;)
1. Nenas penawar penyakit batu karang
  • Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.Cuba ini: Jus tembikai nenas
2. Delima hilangkan masalah cacing
  • Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C yang berkesan meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.
3. Pisang merawat kudis dan luka
  • Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
4. Mangga penawar penyakit hernia
  • Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.
5. Belimbing merawat kencing manis
  •  Belimbing dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pengidap kencing manis dan sesuai dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.
6. Lemon berkesan merawat tonsilitis
  • Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus.
7. Pala melegakan kembung perut
  • Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.
8. Pinang dengan pelbagai khasiat
  • Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.
9. Pisang kaki turunkan tekanan darah tinggi
  • Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin yang bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.
10. Sengkuang cina penawar bronkitis
  • Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk.
11. Ciku penawar buang air berdarah
  • Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
12. Pelbagai khasiat tembikai
  • Tembikai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai pula memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
  • Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
 13.Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung
  • Avokado amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
14. Betik elak sembelit
  •  Betik berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
15. Kurma hindari batuk
  • Jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.